TUJUAN
ANDA MENGARANG
1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4.
menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN
MENGARANG / MENULIS
Sebelum
membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak
soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A.
Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca
karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang
positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan
karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B.
Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai
empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.
Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait
rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan
itu lebih panjang daripada perengga yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama
yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan
yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercangggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak
ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,
kita hendaklah banyak membaca suratkhabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan
dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis
sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip : Antara kaedah mencari
isi
Kaedah I ( pertanyaan )
Kaedah II ( peta minda )
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?
C.
Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk
mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan
kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang
sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut
atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI
MENULIS
1.
Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada diakhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan
mengenainya.
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di
atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan
biasa , manakala soalan 2 berfomat.
Tip
: Adalah lebih baik jika adik semua mengariskan perkataan-perkataan yang menjadi
kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau
terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih
dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
Tip
: Tulislah mengikut urutan rangka
yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika
ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan
imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a.
4 minit mencari isi
b.
24 minit menulis karangan
c.
2 minit menyemak semula karangan
Jumlah
= 30 minit
2.
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
3.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan.Jika masa telah melebihi
30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik
menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip
: Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang
yang penjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.
Biasakan
diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu
perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah
kamu ?
Bagaimana
hendak menulis dialog dengan baik ?
Di
bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan
setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh
:
Contoh
A ( dicadangkan )
“Kamu
baru pulang ?”
“Baru
sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.”
“Memang
saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
Contoh
B ( mengelirukan )
“Kamu
baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.”
Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,”
luah Jamal , lembut.
PETUA BILA MENULIS KARANGAN
·
Perlu memahami betul-betul
kehendak soalan.
·
Catatkan apa sahaja
isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
·
Tuliskan karangan
berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
·
Karangan mestilah
mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
·
Bagi karangan meminta
fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi
) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
·
Gunakan ayat yang
pendek dan bahasa yang mudah.
PEMARKAHAN PENULISAN
A.
Pemberian Markah
1.
Penilaian aspek isi
( 10 markah )
Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting.
( Setiap isi memerlukan HURAIAN,
KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh
yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.
)
2
markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah
1
markah pendahuluan
= 1 markah
1
markah penutup
= 1 markah
Soalan 1 = 25 markah
Soalan 2 = 25 markah
50 markah.
Jumlah keseluruhan =
50 X 2 = 100 markah
|
Jumlah
= 10 marlah
2.
Penilaian aspek Bahasa
( 15 markah )
Aspek
bahasa terbahagi
a.
Perbendaharaan kata = 3 markah
b.
Struktur ayat
= 3 markah
c.
Imbuhan
= 3 markah
d.
Tanda baca
= 3 markah
e.
Ejaan
= 3 markah
Jumlah
15 markah
3.
Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 (bahasa) + 10 (isi) = 25 markah
untuk satu soalan
4.
Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan
baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
5.
1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik.
6.
½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
7.
Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi
markah.
8.
Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut.
Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.
*
Peringatan
Karangan
yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah.
Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut ,
jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
Isi
yang berunsur nagetif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan
budaya Melayu / Islam )
Tahukah
kamu ?
Ada
markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi
dan jalinan idea yang baik.
Kata
aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan
adalah dikira sebagai format.
B.
Potong Markah
1.
Bilangan perkataan tidak mencukupi
- kurang daripada 40 perkataan
( markah penuh tidak melebihi 10 )
- 41 hingga 50 patah
( tolak 3 markah )
- 51 hingga 60 patah
( tolak 2 markah )
- 61 hingga 70 patah
( tolak 1 markah )
2.
Bagi setiap satu kesalahan
- imbuhan
tolak ½ markah
- tanda baca
tolak ½ markah
- ejaan
tolak ½ markah
3.
Karangan yang terpesong langsung
-
markah yang diperolehi tidak melebihi
10 markah
4.
Format
Isi
|
10
|
B
a perbendaharaan kata
b struktur ayat
c imbuhan
d tanda baca
e ejaan
|
3
3
3
3
3
|
Jumlah
Tolak
bilangan perkataan
- format
- tiada perenggan
|
25
-3
-3
-2
|
Jumlah
keseluruhan
|
17
|
- salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah yang diperolehi untuk
soalan itu. (markah keseluruhan)
Contoh
pemotongan markah surat kiriman ;
tiada alamat
tolak 1
tiada nama pengirim
tolak 1
tiada tanda tangan
tolak 1
tiada tarikh
tolak ½
tiada kata panggilan hormat
tolak 1
tiada ucapan terima kasih
tolak 1
Salah letak format
tolak ½
tiada tajuk bagi surat rasmi
tolak ½
Tahukah
kamu ?:
Kesalahan
yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah (0)
bagi setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada
potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Potongan
keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.
TANDA MEMERIKSA
isi
ü
salah guna perkataan
_____________________
kesalahan struktur ayat
/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\
kesalahan ejaan
/
kesalahan ejaan yang berulang
//
tanda yang tertinggal
/
kesalahan
imbuhan
kesalahan tanda baca
O
isi yang tidak berkaitan
(
)
Tip
: Cara membilang perkataan
Nama
khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataaan
saja contoh Bahasa Melayu Tahun Enam , Proton Saga, Sekolah Kebangsaan
Darau
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (‘A’) ?
1.
Baca semua soalan yang diberi
Þ
Fahami arahan kehendak
soalan.
Þ
Kenal pasti format
yang perlu digunakan.
Þ
Karangan yang tidak
terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
2.
Guna isi yang berlainan
Þ
susun isi secara
berturutan
Þ
letak isi mengikut
perenggan
Þ
memberi huraian yang
tepat kepada isi.
Þ
sebaik-baiknya karangan
mengandungi nilai-nilai murni.
3.
penggunaan perkataan yang pelbagai
Þ
ada menggunakan perkataan
yang terkini
Þ
elak penggunaan perkataan
sama yang berulang / kerap
Þ
penggunaan perkataan
teknikal dengan tepat
Þ
elak perkataan dialek
atau daerah yang tidak diterima.
4.
susun ayat dengan kemas
Þ
elak pengaruh struktur
ayat percakapan daerah / dialek
Þ
guna ayat yang pendek
tetapi lengkap
Þ
kebolehan menggunakan
rangkai kata / ungkapan yang menarik
Þ
gaya bahasa karangan
hendaklah sesuai dengan bentuk serta jenis karangannya. Gaya bahasa sesuatu
karangan adalah berbeza dengan gaya bahasa karangan jenis lain.
5.
penggunaan tanda baca pada tempat yang betul
Þ
gunakan tanda baca
pada tempat yang diperlukan
Þ
gunakan huruf kecil
dan huruf besar pada tempatnya.
6.
dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan
Þ
dapat membezakan
imbuhan an dan kan
Þ
guna imbuhan yang
pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan
yang berbagai jenis )
7.
tulis mengikut ejaan yang betul
Þ
elak mengikut sebutan
dialek / daerah
Þ
elak menulis huruf
yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan
Tahukah
kamu ?
Hanya
terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi,
jawatankuasa, dan lain-lain lagi )
KELEMAHAN KARANGAN
A]
Kesalahan memilih tajuk
·
Kesalahan memilih
tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan.
Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B]
Kekurangan isi
·
Oleh sebab kekurangan
isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini
juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku
kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C]
Pembahagian perenggan
·
Ada calon meletakkan
beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai
secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan
!
D]
Tidak merangka karangan
·
Ada calon yang terus
menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti
calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan
bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
·
Terdapat juga isi
yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang
kemudian ( terlintas di fikiran ).
E]
Kesalahan tatabahasa
·
Calon perlu tahu
, penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’.
·
Pada tahap Tahun
6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang
tidak dapat membezakan antara “pada” dengan “di”, “dari” dengan “daripada”,
“bila” dengan “apabila” dan pelbagai lagi (akan dibincangkan selepas ini ). Ramai yang tidak menggunakan imbuhan
dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk
karangannya.
F]
Kesuntukan masa
·
Masa membina karangan
sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka
akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak
kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
·
Terdapat satu kes
calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat
markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya
mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.
G]
Kesalahan lain
·
Tidak mengikut jumlah
perkataan yang ditetapkan.
·
Tidak dapat mengenal
pasti format yang diperlukan.
·
Masih ada yang menggunakan
bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )
Di
bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah
pembetulannya.
A.
Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.
ÖSelepas
mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu
dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
R(
Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah
dengan menaiki basikal. )
B.
Salah Menggunakan Perkataan
dari dan daripada
ÖKain
batik itu datang daripada Terengganu.
R(
Kain batik itu datang dari Terengganu.)
ÖSaya
baru terima surat itu dari kakak.
R(
Saya baru terima surat itu daripada kakak.)
untuk , supaya dan selama
ÖCikgu
Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur.
R(
Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.)
ÖAhmad
menjerit untuk meminta tolong.
R(
Ahmad menjerit meminta tolong.)
ÖSaya
bercita-cita untuk menjadi doktor.
R(
Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)
ÖAminah
belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
R(
Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.)
ÖKami
akan tinggal untuk dua minggu.
R(
Kami akan tinggal selama dua minggu.)
ÖUjian
mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.
R(
Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)
adalah dan ialah
ÖAdalah
dengan hormatnya dimaklumkan …………
R(
Dengan hormatnya dimaklumkan ………………. )
ÖTuduhan
itu adalah fitnah belaka.
R(
Tuduhan itu fitnah belaka.)
ÖKeperluan
asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
R(
Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)
bila dan apabila
ÖZainal
pun bangun bila namanya dipanggil.
R(
Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)
ÖBila
dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
R(
Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.)
ramai, banyak, semua dan para
ÖRamai
murid-murid menonton
pertandingan bola sepak itu.
R(
Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)
ÖBanyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
R(
Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)
ÖSemua
guru-guru Sekolah Kebangsaan
Darau diberi penghargaan.
R(
Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.)
ÖPara-para
jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
R(
Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)
ÖGuru
Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang.
R(
Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.)
yang dan bahawa
ÖHasri
memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
R(
Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
ÖMereka
memberitahu yang tindakan itu tidakadil.
R(
Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)
kata ganti nama
ÖAmbil
lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
R(
Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )
ÖEntah
siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
R(
Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.)
kata ganti “dia” dan “ia”
nota : kata ganti “dia” ialah
kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama “ia” ialah untuk binatang,
benda, pokok masalah dan sebagainya.
ÖPokok
bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
R(
Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.)
ÖPerut
Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.
R(
Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.)
apa, mana dan bagaimana
ÖBaju
apa yang kamu pakai ?
R(
Baju mana yang kamu pakai ? )
ÖMana
katanya betul belaka.
R(
Apa katanya betul belaka.)
ÖApa
pendapat tuan mengenai soal itu ?
R(
Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? )
penjodoh bilangan
ÖIbunya
seorang yang baik hati.
R(
Ibunya baik hati.)
ÖAmran
pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
R(
Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)
Di dan pada
Di dan pada
ÖBeri
surat ini pada Hasrul.
R(
Beri surat ini kepada Hasrul.)
ÖDi
masa rehat saya ke kantin.
R(
Pada masa rehat saya ke kantin.)
C.
Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)
ÖDengan
cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
R(
Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.)
ÖSemua
kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
R(
Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.)
ÖBila
bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
R(
Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
ÖMamat
kelihatan muram ibunya meninggal dunia
R(
Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)
ÖSaya
tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.
R(
Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)
ÖApakah
nama kamu ?
R(
Siapakah nama kamu ? )
D.
Tanda
baca
menggunakan tanda baca pada tempat yang salah
ÖRahman
pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , drum.
R(
Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan drum.)
tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul
ÖJangan
bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.
R(
“Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak,” ,jerit polis kepada perompak
itu.)
Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat
Ö
Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian
itu
?
R
( Siapakah pemenang dalam
pertandingan syarahan anjuran Berita Harian
itu
? )
ÖJarak
rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.
R(
Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)
E.
Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan “di” dan “ke”
ÖMasukkan
buku ini didalam beg.
R(
Masukkan buku ini ke dalam beg.)
ÖSemua
murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.
R(
Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.)
Tidak dapat membezakan imbuhan “an” dan “kan”
ÖMasakkan
ibu sungguh lazat.
R( Masakan ibu sungguh
lazat.)
ÖMasukan
buku ini ke dalam almari.
R( Masukkan buku
ini ke dalam almari.)
Lain-lain
kesalahan
ÖKejayaan
Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
R(
Kejayaan Najib membangga dan mengembirakan ibu bapanya.)
Ö
Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.
R
( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)
Tahukah
Kamu ?
‘mu’
dan ‘ku’ ditulis rapat dengan perkataan di hadapannya. Contoh ; wangku, tuanku,
suratmu, hatiku, hatimu dan sebagainya.
Menulis
imbuhan ‘di’ ada caranya. Jika perbuatan ‘ di’ ditulis dekat contoh ; dimakan,
dijamah, ditendang
Jika
‘di’ menunjukkan tempat dan masa ‘di’ ditulis berjauhan contoh ; di Jerteh,
di pantai, di sana
No comments:
Post a Comment