Tatabahasa : Penggunaan Kata
1. Secara umumnya, dalam peperiksaan UPSR, murid-murid akan diuji tentang penggunaan kata yang tepat dalam suatu ayat.
2. Soalan-soalan tentang penggunaan
kata ini meliputi :
5.
“Ampunkan saya, tuanku”
sembah Laksamana Bentan. (salah)
“Ampunkan patik, tuanku” sembah Laksamana Bentan. (betul)
1.1
Kata nama
1.2
Kata ganti nama
1.3
Kata kerja
1.4
Kata adjektif
1.5
Kata bilangan
1.6
Kata sendi
1.7
Kata bantu
1.8
Kata hubung
1.9 Kata seru
1.10 Kata penguat
1.11 Kata arah
1.12 Kata tanya
1.13 Kata nafi
|
2. Kata majmuk
|
|
|
|
6. Peribahasa
|
Kata Nama
Kata nama terbahagi kepada dua,
iaitu kata nama am dan kata nama khas.
(a) Kata nama am digunakan
untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuhan atau benda. Semua kata nama
am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.
Contoh : adik,
baju, daun, laut, rumah, dan sebagainya
(b) Kata nama khas merujuk
kepada nama orang, nama binatang, nama bangunan, nama tempat, nama bandar, nama negeri atau judul
buku. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu.
Contoh : Amran,
Tompok, Wisma Angkasa, Ipoh, Kedah, dan sebagainya
Kata Ganti Nama
1.
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri
dan kata ganti nama tunjuk .
2. Kata ganti nama diri
terbahagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti
nama diri tanya.
(a)
Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti nama diri ini terbahagi pula kepada:
(i) Kata ganti nama diri orang pertama
Contoh :
aku, beta,daku, hamba, kita, patik dan
saya
(ii) Kata ganti nama diri orang
kedua
Contoh : anda,
awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan tuanku.
(iii) Kata ganti nama diri orang ketiga
Contoh : baginda,
beliau, dia, ia, dan mereka.
(b)
Kata ganti nama diri nama tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh : apa,
siapa, mana
3.
Di antara kata ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga ada yang membawa makna tunggal (satu) dan ada yang
membawa makna jamak (lebih daripada satu).
Kesalahan Umum Tatabahasa
1.
Rumah kami terletak di
taman selasih. (salah)
Rumah kami terletak di Taman Selasih. (betul)
Rumah kami terletak di Taman Selasih. (betul)
2.
“Mari ikut kita ke
rumah Mohan,” kata Lim dan Ali kepada Muin. (salah)
“Mari ikut kami ke rumah Mohan,” kata Lim dan Ali kepada Muin. (betul)
“Mari ikut kami ke rumah Mohan,” kata Lim dan Ali kepada Muin. (betul)
3.
Jam itu sangat mahal
kerana ianya dibuat daripada emas. (salah)
Jam itu sangat mahal kerana dibuat daripada emas. (betul)
Jam itu sangat mahal kerana dibuat daripada emas. (betul)
4.
Mereka-mereka itu berasal
dari Sarawak. (salah)
Mereka itu berasal dari Sarawak. (betul)
Mereka itu berasal dari Sarawak. (betul)
“Ampunkan patik, tuanku” sembah Laksamana Bentan. (betul)
No comments:
Post a Comment