Thursday, November 15, 2012

Kata Keterangan



Kata Keterangan


1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.


2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif.


 Contohnya: 


(a)      Adik belum mandi lagi. 
(Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi) 



(b)      Sayur‑sayuran di kebun itu sangat subur.
 (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)



3.             Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenisjenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.



Contoh :

cara / gaya
begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,
1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu
akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam
1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafi
bukan, tidak, kecuali
1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanya
mengapa, bagaimana, bila
1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam
mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu
1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguat
amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau
1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspek
belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali
1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.




Jenis Kata
Keterangan
Penggunaan dan
Contohnya
ayat Contoh
Kata
Keterangan
Cara
untuk menerangkan cara
Contoh: begini, begitu,
betapa, demikian, dan
sebagainya
1. Tidak dapat digambarkan betapa
gembiranya ibu melihat kejayaan
abang.
2. Janganlah bercakap begitu
kepada anak-anak.
Kata
Keterangan
Bantu
untuk menerangkan sikap
pada sesuatu pelakuan
atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak,
masih, sedang, sebentar,
dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau hari sudah
larut malam.
2. Abang masih menuntut di
Universiti Malaysia Sarawak.
Kata
Keterangan
Masa
untuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak,
sekarang, semalam, lusa,
kadang-kadang, masih, pernah,
sedang, sebentar, sejurus,
selalu, seketika sentiasa,
sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi sekarang.
2. Encik Gan akan bertolak esok.
Kata
Keterangan
Tanya
untuk menerangkan cara,
keadaan, masa, dan
sebab
Contoh: bagaimana, bila,
dan sebagainya
1. Bilakah majlis perkahwinan itu
akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara membuat
kuih itu?
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata
Keterangan
Darjah
untuk menerangkan darjah
kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian,
paling, sangat, dan
sebagainya
1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
2. Sedap betul masakan di restoran
itu.
3. Menara Kembar Petronas adalah
bangunan yang paling tinggi di
Malaysia.
Kata
Keterangan
Nafi
untuk menafikan atau
menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang kampung itu.
2. Teksi itu tidak bergerak sejak
semalam.
Kata
Keterangan
Tak Tentu
untuk menerangkan
sesuatu yang belum
pasti
Contoh: agaknya,
barangkali, entah-entah,
mungkin, dan sebagainya
1. Hingga kini rombongan itu belum
tiba, entah-entah tersesat.
2. Pengemis itu barangkali telah
ditangkap oleh pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
kata
Keterangan
Penegas
untuk menyatakan
penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
1.       Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
2.       Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.
Kata
Keterangan
Umum
untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung
Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

No comments:

Post a Comment