Karangan
Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
1.
Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
2.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan,
atau perbualan.
3.
Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
4.
Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca. Olahan cerita hendaklah
disusun secara teratur supaya kesan ceritanya menarik dan baik.
5.
Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan
kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
6.
Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan
masa
yang diberikan
7.
Elakkan daripada memberikan sebarang pendapat. Tamatkan cerita itu dengan
tidak memberikan apa-apa ulasan.
CONTOH
KARANGAN
Cereka
Soalan
: Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh
suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul
naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan
itu.
Pengenalan
-tinggal sendirian
-baca buku cerita
Perenggan
ke-2 -mendengar suara riuh-rendah
-menjenguk ke luar
-suatu kebakaran berlaku
Perenggan
ke-3 -ramai orang mula berkumpul
-cuba membantu memadamkan kebakaran
-membantu memunggahkan barang
Perenggan
ke-4 -aku terus menelefon pihak bomba
-ahli-ahli bomba tiba
Penutup
-kebakaran dapat dikawal
-berasa sungguh gembira
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah
kerana ibu bapa sayapergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa
jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah
meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila
saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran
telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran
dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang
kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh
minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah
saya terselamat daripada kebakaran tersebut.
Pengalaman
Soalan
: Tulis satu karangan yang bertajuk ‘ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan’
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama
datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana
sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah
larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah
lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri
dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak.
Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku.
Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat
aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak
sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut
nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku.
Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum
sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku
sendiri.
Situasi
Soalan
: Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah
perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil.
Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan
saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai
bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya
sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik-adik
saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang
lain.
No comments:
Post a Comment