Showing posts with label Karangan/Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Karangan/Penulisan. Show all posts

Friday, December 6, 2013

MY GAP


Klik Gambar

CONTOH: KARANGAN BERGAMBAR
 

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
 menjaga keindahan taman rekreasi. 
Panjangnya huraian anda hendaklah tidak 
lebih daripada 120 patah perkataan.
 
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZQBUPndlGi-tqKtQ3yaxtSxOXN81boUhoHOYRKsJkZAYMspfojBEGsVwP2QrF5DVJutvV1Uy6F4LNsbB2G_Dsfv93MnFx71eljSd9emWK9E2dePG-r3f08b8kXmjiUxcrOWefAN5XZ8OH/s1600/Image41.jpg 
 
 
 
 
      Taman rekreasi adalah tempat untuk beriadah. Menjaga keindahan taman rekreasi tanggungjawab semua. Sekiranya taman rekreasi bersih akan menjadikan persekitaran yang nyaman. Dengan ini usaha-usaha menjaga taman rekreasi perlu dilakukan.
 

    Usaha pertama ialah membuang sampah ke dalam tong sampah. Banyak tong sampah perlu disediakan di taman rekreasi. Sekiranya kita membuang sampah ke dalam tong sampah, taman rekreasi akan bersih dan akan menjadi tempat kunjungan ramai.
 

    Usaha kedua ialah mengadakan gotong-royong. Masyarakat perlu mengadakan gotong-royong. Mereka boleh mengadakan gotong-royong pada pada hari cuti umum. Jika kita tidak mengadakan gotong-royong, taman rekreasi akan kotor. 
 

    Usaha ketiga ialah menanam pokok di taman rekreasi supaya kelihatan cantik. Antara pokok yang boleh ditanam ialah pokok kelapa, pokok rambutan, dan pokok bunga. Sekiranya pihak majlis dan penduduk tidak menanam pokok, taman rekreasi tidak ceria.
 
 
  Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha menjaga keindahan taman rekreasi supaya negara akan sentiasa bersih bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
 
 
 
 

Sunday, November 25, 2012

Rangka Karangan



BAHAGIAN B


 
[ Masa dicadangkan 40 minit]
 
Sahabat pena kamu bertanya tentang keistimewaan kampung kamu.
Tulis sepucuk surat kepadanya dengan menceritakan keindahan semulajadi kampung kamu.

 

Pendahuluan
 
 
-menanyakan khabar darinya – menyatakan keadaan diri kamu.



Isi Penting
 
 
i. memberitahu bahawa suratnya telah diterima – mengucapkan terima kasih
 
 
ii. menyatakan kampung kamu banyak keistimewaannya – bebas daripada pencemaran – keadaan alam sekitarnya sangat indah dan nyaman
 
 
iii. ada anak sungai dan tasik – air sungai jernih – sesuai untuk mandi-manda
 
 
iv. terdapat banyak ikan di tasik – dijadikan kawasan memancing dan menahan jaring – ikan air tawar sangat enak dimakan



Penutup
 
 
-mempelawa sahabat berkunjung – mengucapkan terima kasih 
 
 
 
 

Jenis Pendahuluan Sebuah Karangan


 
 
Pendahuluan karangan sangat penting kerana memberi gambaran awal 
tentang kematangan penulisan. Terdapat beberapa jenis
 pendahuluan dalam karangan.


1. Pendahuluan Jenis Definisi
 
2. Pendahuluan Jenis Pendapat
 
3. Pendahuluan Jenis Suasana
 
4. Pendahuluan Jenis Persoalan
  
5. Pendahuluan Jenis Peribahasa
 
6. Pendahuluan Jenis Sejarah


 

Tajuk : Isu Penderaan (Pendahuluan Jenis Definisi)

 
Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya, penderaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.



Tajuk : Kepentingan Bahasa Inggeris ( Pendahuluan Jenis Pendapat)


Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau berkata bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. menurut beliau, bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.





Tajuk : Gambaran Tentang Kemalangan Ngeri Rumah Tertimbus




Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.





Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya ( Pendahuluan Jenis Persoalan)






Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-ada sahaja kemalangan jalan raya yang dilaporkan di media massa? Hal ini amat membimbangkan terutamanya menjelang musim perayaan. Siapakah yang patut dipersalahkan, pengguna jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?





Tajuk :Rencana "Perpaduan Asas Kemajuan" (Pendahuluan Jenis Peribahasa)





Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankanaspek kerjasama dan perpaduan termasuklah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah", "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bagai aur dengan tebing", dan Ibarat Telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua". Semua peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.





Tajuk: Kemerosotan Sukan Bola Sepak ( Pendahuluan Jenis Sejarah)





Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an, dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?





Monday, November 19, 2012

Karangan Jenis Perbincangan


Karangan Jenis Perbincangan

 
1.  Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.


2.  Biasanya terdapat dua bentuk karangan jenis ini, iaitu ;


a] Karangan bebas memberikan pendapat dan hujah kamu.


b] Karangan yang menetapkan supaya kamu memberikan hujah atau pendapat yang menyokong sesuatu tajuk. Kamu hendaklah membincangkannya dengan memberikan fakta-fakta yang menyokong tajuk tersebut sahaja.


3. Setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi tajuk )



4.  Perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk


5.  Tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )


6. Setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting didahulukan )


7.  Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )


8. Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).

 
CONTOH KARANGAN


Soalan : Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.
 
Pendahuluan :

  •  ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu
  •  pilihlah yang mana sesuai
Isi :

i.        alam sekitar
- udara , bunyi , air

ii.      jimat perbelanjaan
-  sumber makanan yang murah dan segar

iii.     hidup berjiran 
- tolong-menolong , bekerjasama

iv.     suasana lebih aman
-  jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian


Penutup 

penegasan kepada tajuk
 
            Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.
 
Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok-pokok yang menghijau , burung-burung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu tinggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.
 
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.
 
            Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.
 
Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.
 
Soalan : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.
 
           
Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
            Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain. Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.
            Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen tanpa menghiraukan pelajaran.
            Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
 

Karangan Jenis Fakta / Rencana


Karangan Jenis Fakta / Rencana


  1. Ditulis dalam bentuk format biasa
  2. Karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
  3. Jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya.
  4. Fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung”. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid
  5. Pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
  6. Senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
  7. Setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
  8. Pastikan anda dapat menyediakan 4 isi.
  9. Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi.
  10. Setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
  11. Masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
  12. Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
  13. Gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.
  14. Elakkan daripada menggunakan ayat dalam format cerita. Sebaliknya gunakan ayat penerangan.
 
CONTOH KARANGAN


Soalan : Tuliskan sebuah karangan tentang ‘Penggunaan Komputer’.


Rangka Karangan :


Pendahuluan           - alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas


Perenggan ke-2      - digunakan di pejabat-pejabat
                                    - menyimpan data-data                          
                                    - menjalankan tugas dengan cepat


Perenggan ke-3      - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
                                    - membantu mengesan penyakit


Perenggan ke-4       - pengunaan komputer dalam pelajaran
                                    - mengajar Matematik, Sains dan Bahasa


Penutup                   - keuntungan menggunakan komputer
                                    - jimat masa dan wang
                                    - bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar



 
            Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.
 
            Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.
 
            Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
 
            Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanyakan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.
 
            Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan oleh akal manusia.
 
 


Soalan : Banjir



            Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri-negeri Pantai Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti-henti selama beberapa hari.
            Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila najir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.
            Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
            Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati-hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
 


Soalan : “ Kepentingan Kenderaan ”


            Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini digerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.
            Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
            Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
            Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat-syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wujudlah pembangunan.
            Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
            Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.

Karangan Jenis Melengkapkan Cerita



Karangan Jenis Melengkapkan Cerita

 
1.   Karangan tidak berformat.


2.   Berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi.


3.   Berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.


4.    Elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi.


5.   Memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.


6.   Setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran.


7.   Walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
 


CONTOH KARANGAN


 
Soalan A. Sudahkan cerita di bawah ini.


            Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba-tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju belakang balai raya. Tanpa membuang masa ………



            Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya.
            Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ?
            Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu kerana saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Di situ saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera bergerak menuju ke balai raya.
            Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah serentak merapati balai raya. Lelaki di dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian Tuk Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad.
 
 
Soalan B. Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir dengan ayat berikut :


            ………. Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.
            Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. 
           
          Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.
           
         Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ. Wajahnya amat mengerikan.
           
          Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku. Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.