Kata Ganti Nama
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan
kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri (Nik
Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama
tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada
ganti nama diri orang dan ganti nama
diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti
nama diri orang pertama, ganti nama
diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga.
(Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri
pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penggunaan | Contoh Ayat |
Aku | Merujuk kepada diri sendiri | Aku hendak pergi ke perpustakaan |
Beta | Digunakan oleh kerabat diraja | Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. |
Hamba | Merujuk kepada diri sendiri | "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah |
Kita | Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua | "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. |
Kami | Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua | "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. |
Saya | Merujuk diri sendiri | Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. |
Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penggunaan | Contoh Ayat |
Anda | Merujuk diri orang kedua | Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. |
Awak | Merujuk diri orang kedua | Awak disuruh membersihkan bilik darjah. |
Engkau | Merujuk diri orang kedua | Engkau hendak pergi ke kedai buku? |
Kamu | Merujuk diri orang kedua | Kamu mesti belajar dengan lebih tekun. |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga | Penggunaan | Contoh Ayat |
Beliau | Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati | Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. |
Baginda | Digunaan untuk kerabat diraja | Baginda telah berangkat ke luar negeri. |
Dia | Digunakan untuk diri orang ketiga | Dia datang awal ke pejabat sekolah |
Mereka | Bilangan orang lebih daripada seorang | Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik. |
No comments:
Post a Comment