Tuesday, October 9, 2012

Kata Ganda

Kata Ganda
 
 Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada
satu kata dasar (Koh Boh Boon, 1999:47). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 49), kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
 
 
 
Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak
Buku-buku Jejentik Tolong-menolong Bukit-bukau
Meja-meja Lelangit Hormat-menghormati Gunung-ganang
Guru-guru Lelaki Sayang-menyayangi Gotong-royong
Peserta-peserta Popohon Bantu-membantu Semak-samun
Murid-murid Kekura Kasih-mengasihi Riuh-rendah

Penggandaan Sepenuh
Seluruh kata dasar diulang

Penggandaan Separah
Mengulang sebahagian daripada kata dasar

Penggandaan Berimbuhan
Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa dengan mengulang bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya
(Koh Boh Boon, 1990:48)

Penggandaan Berentak
Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata dasar.

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda

1.     
        
              
(a)
Semua murid-murid sedang berhimpun di padang.(salah)
(b)    
Semua murid sedang berhimpun di padang. (betul) 
Penjelasan :  Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah membawa maksud jamak.  
2.
(a)
Anak-anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (salah)
(b)
Anak Mak Yam sudah besar-besar belaka.  (betul
Penjelasan :  Oleh sebab kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.  
3.
(a)
Taman itu dipenuhi pepohon-pepohon rendang. (salah)
(b)
Taman itu dipenuhi pepohon rendang. (betul)
 
Penjelasan :  Kata ganda separa yang membawa maksud jamak seperti pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan.

4.
(a)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali. (salah)
(b)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya. (betul)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan.  
5.
(a)
Berbagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
(b)
Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
 
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh disingkatkan.  
6.
(a)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah saling tolong-menolong. (salah)
(b)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah tolong-menolong. (betul)
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang demikian kata saling  tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut..  
7.
(a)
Jalan itu sangat licin-licau apabila dibasahi hujan. (salah)
(b)
Jalan licin-licau apabila dibasahi hujan. (betul)
Penjelasan : Kata ganda bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

1 comment: