Tuesday, October 16, 2012

Penjodoh Bilangan


Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

 

Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

 

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bungs
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai

Saturday, October 13, 2012

Kata Tanya



 
Menurut tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al:2004:243), kata Tanya 
ialah perkataan yand digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata
tanya terdiri daripada bila, di mana, siapa, apa, mengapa, berapa dan bagaimana.
Kata tanya siapa digunakan untuk manusia dan tidak boleh guna untuk benda atau binatang
Kata Tanya apa tidak boleh guna untuk manusia.
 
 
 

Kata Tanya
1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
 
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
 
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
 
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
 
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

Contoh:-
 
a. Apakah benda itu ?
 
b. Buku siapakah ini ?
kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa Engkau ini siapa ?
mengapa Mengapakah baju awak ini basah ?
apa Apakah nama binatang itu ?
bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana Nelayan itu dari mana ?

Friday, October 12, 2012

Kata Hubung


Kata Hubung



Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa dan ayat.
Kata Hubung
Contoh Penggunaannya
Apabila
Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak  itu.
 
*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
 
Supaya / agar
 
 
Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati orang. (atau)
Anda perlu berakhlak mulia agar anda  dihormati orang.
 
* Agar dan supaya mendukung makna yang sama  .Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
 
Oleh sebab
Pertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan
 
* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung
Jika / sekiranya
Saya akan  datang jika hari tidak hujan.
Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.
 
*Kata jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah satu saja.