Thursday, November 27, 2014

Alhamdulillah :)

 
 
 
 




:)

 
 
 
Rancangan Pelajaran Harian

Hari
Ahad
Tarikh
20.11.2014
Tahun
Tahun 2 Pintar
Mata pelajaran
Bahasa Malaysia
Tema
Seni dan Budaya
Tajuk
Sedapnya kuih
Masa
10.45 - 11.45 ( 1 jam )
Standard pembelajaran
2.6.1
Objektif pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid dapat :
membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Pengisian Kurikulum
EMK : Kreativiti dan inovasi
Nilai murni : Bersyukur
Ilmu : Kajian Tempatan
KBT : Kecergasan Pelbagai, Kontekstual
TMK :Soalan interaktif
BBM : Bahan maujud, kad gambar ( slaid ) ,lembaran kerja.

Sistem Bahasa
Tatabahasa : kata nama, kata adjektif dan kata kerja
Kosa Kata : koci, karipap, keria, baulu, tepung pelita, apam, kuih pau dan ondeh-ondeh


Langkah / Masa


Aktiviti

Catatan

Set Induksi
( 5 minit )


1.Murid melihat paparan slaid beberapa
jenis kuih tradisional.

 
video

2.Guru bersoal jawab dengan murid
untuk menguji pengetahuan sedia ada
murid berkaitan tajuk.

  


     Slaid

      Video
   (You Tube)

Langkah 1

Fasa Persediaan


( 5 minit )

1.Guru mempamerkan sejenis daun
yang biasa dilihat oleh murid melalui
slaid . –Gambar daun pandan.


2.Murid diberi peluang untuk memerhati,
memegang dan menghidu bau daun
tersebut.


3.Guru bersoal jawab tentang daun
tersebut dan kaitannya dengan kuih
tradisional.
Contoh soalan :
· Apakah nama daun ini?
· Apakah kegunaannya daun ini dalam membuat kuih tepung pelita?
· Bagaimanakah cara menggunakan daun ini?


Media -
1.Slaid
1-Powerpoint



2.Bahan maujud daun pandan



Fasa Imaginasi

Langkah 2

( 10 minit )


1.Murid melihat paparan lagu “ Kuih
Tradisional “.

2.Murid diminta menyenaraikan
nama-nama kuih yang disebutkan
dalam seni kata lagu tersebut sambil
mempamerkan slaid gambar kuih
tersebut.

3.Guru mencatat nama-nama kuih yang
telah disebutkan.

4.Murid disoal tentang cara kuih tersebut
dimasak sama ada digoreng, dibakar,
dikukus atau direbus.


Slaid
Powerpoint
Seni kata lagu

Slaid PowerpointGambar Kuih





Fasa Perkembangan

Langkah 3

(10 minit )


1.Murid dibimbing oleh guru untuk
membaca seni kata lagu yang
dipaparkan.

2.Murid membaca seni kata lagu secara
individu dan kumpulan dengan
sebutanyang betul dan lancar.

3.Murid menyanyikan lagu “ Kuih
Tradisional “berpandukan seni kata
yang dipaparkan dengan bimbingan
guru.(melodi papaku pulang dari kota)

4.Murid diminta membaca secara
bergilir-gilir nama-nama kuih dalam
senikata lagu dengan sebutan yang
betul.
5.Murid menulis jawapan di dalam
lembaran kerja mengikut kumpulan
kuih manis atau pedas.



Senikata Lagu











Lembaran kerja

Fasa Tindakan

Langkah 4

(15 minit )


1.Murid secara kumpulan kecil
berbincang dan memikirkan cara untuk
mengubah suai rasa dan bentuk kuih
mengikut kreativiti masing-masing.

2.Murid membentangkan hasil kerja
kumpulan mereka.






Pentaksiran

( 10 minit )



1)Murid membaca dialog yang telah
disediakan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.


2)Murid mencari maksud perkataan yang
bergaris berdasarkan dialog yang
telah dibaca.


Lampiran
Pentaksiran

Pemulihan


1)Murid membaca nama-nama kuih
dengan bimbingan Guru berdasarkan
slaid yang ditunjukkan.


Slaid –Gambar Kuih

Pengayaan


1)Murid membaca frasa-frasa yang
terdapat dalam lembaran kerja
(Latihan Pengayaan)

2)Murid mengelaskan cara-cara kuih
dimasak.(kuih yang dikukus atau
digoreng)


Lembaran
Aktiviti Pengayaan

Penutup
(5 minit)

1)Murid dikehendaki menjawab soalan
interaktif (soalan aneka pilihan dan
memadankan jawapan) yang
disediakan oleh guru.



Soalan interaktif