Kesalahan Struktur Ayat
1. Ayat
Gabungan
Ayat gabungan
terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata
hubung.
Contoh:
Nani
dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan
berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak
digabungkan dengan betul.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman
atau
Pulau Langkawi?
|
1. Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau
ke Pulau Langkawi?
|
2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
Jelutong atau Sg. Ara.
|
2. Saya tidak pasti sama ada Nora tinggal di
Jelutong atau di Sg. Ara.
|
3. Baik yang kaya atau miskin semuanya mampu
berjaya.
|
3. Baik yang kaya atau yang miskin
semuanya
mampu berjaya.
|
4. Hadiah ini untuk Mira bukan Mirza.
|
4. Hadiah ini untuk Mira bukan untuk Mirza.
|
5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun
saya
tidak mampu.
|
5. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal
pun saya tidak mampu.
|
2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat
tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a.
Kereta Pak Dollah itu terbabas.
Contohnya:
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta
itu terbabas.
ii. Kereta
itu kereta Pak Dollah.
b. Walaupun miskin, keluarga
Mak Bedah bahagia.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang
berikut ini:
i. Keluarga
Mak Bedah miskin.
ii. Keluarga
Mak Bedah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan
berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya.
Contohnya:
SALAH
|
BETUL
|
1.
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
|
1.
Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
|
2.
Bangunan itu yang tinggi ialah Menara Kuala
Lumpur.
|
2.
Bangunan yang tinggi itu ialah Menara Kuala
Lumpur.
|
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan
berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa
bawahan dengan klausa utama.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
1.
Kami berdoa kamu berjaya.
|
1.
Kami berdoa agar kamu berjaya.
|
2.
Semua orang tahu dia anak Dato’ Zain.
|
2.
Semua orang tahu bahawa dia anak Dato’ Zain.
|
3. Ayat Tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan
predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di
depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak
itu /
menangis.
Farhana /
jatuh ke dalam longkang.
Dalam susunan ayat songsang, letak subjek
di belakang dan predikat di depan.
Contoh:
Siapakah /
gadis itu.
Itulah /
teman saya.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek
atau predikat
disebut sebagai ‘ayat tergantung’.
SALAH
|
BETUL
|
1.
Di seluruh negara dilanda banjir.
|
1.
Seluruh negara dilanda banjir.
|
2.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis
ini.
|
2.
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
|
3.
Banyak pelajar lelaki yang lulus dengan baik.
|
3.
Banyak pelajar lelakilah yang lulus dengan baik.
|
4.
Ada pihak membangkang cadangan itu.
|
4.
Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
|
5.
Dia yang datang kelmarin.
|
5.
Dia datang kelmarin.
|
6.
Mengetahui hal itu saya membatalkan
rancangan.
|
6.
Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan
rancangan.
|
7.
Kesan kemelesetan ekonomi pengangguran
meningkat.
|
7.
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi,
pengangguran meningkat.
|
8.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
Pelajaran.
|
8.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
Pelajaran.
|
9.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
|
9.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
|
10. Siapa kata saya berbohong?
|
10. Siapakah yang mengatakan saya
berbohong?
|
11. Peserta-peserta lulus
saja akan dipilih.
|
11. Peserta-peserta yang
lulus sajalah yang akan
dipilih.
|
12. Daripada bukti-bukti ini jelas
menunjukkan
bahawa dia bersalah.
|
12. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan
bahawa dia bersalah.
|
13. Mengikut beliau menyatakan bahawa
perompak bersenjata api sudah itu tumpas.
|
13. Beliau mengatakan bahawa perompak
bersenjata api itu sudah
tumpas.
|
14. Yang manakah betul?
|
14. Yang manakah yang betul?
|
15. Butiran mesyuarat adalah seperti
berikut.
|
15. Butiran mesyuarat adalah seperti
yang berikut.
|
5. Ayat yang Tidak Betul
Susunannya
Apabila kata-kata tidak betul susunannya,
maka
bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
SALAH
|
BETUL
|
Ini hari Azizah tidak datang.
|
Hari ini Azizah tidak datang.
|
Buku ini saya tidak mahu membaca.
|
Saya tidak mahu membaca buku ini.
|
Yang melukis gambar ini Zainallah.
|
Yang melukis gambar ini Zainal.
|
Yang memukul awak siapakah?
|
Yang memukul awak siapa?
|
Itu pen dakwat sudah habis.
|
Pen itu sudah habis dakwat.
|
Nora dan Nani baik berkawan.
|
Nora dan Nani berkawan baik.
|
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
|
Saya tidak menyimpan majalah itu.
|
No comments:
Post a Comment