Saturday, November 30, 2013

Golongan Kata Bahasa Melayu


Golongan Kata Bahasa Melayu

DALAM bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif  dan  kata tugas. Dalam tulisan ini akan dihuraikan keempat-empat golongan kata berkenaan secara ringkas.


Saya mulakan huraian dengan golongan kata nama. Kata nama terdiri daripada sejumlah perkataan yang menamakan orang, benda dan tempat.  Contoh kata nama ialah  Sulaiman,  sofa, beca, Teluk Intan, petinju, lautan, kerajaan, dan sebagainya.
Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama.  Misalnya,  baju hijau, rumah rakyat dan sekolah dewasa. Dalam binaan ketiga-tiga frasa yang tersebut, baju, ialah inti kepada frasa baju hijau, rumah  inti frasa rumah rakyat, dan sekolah ialah inti frasa sekolah dewasa.



Golongan kata nama boleh dipecahkan lagi kepada tiga jenis, iaitu kata nama khas, kata nama am  dan  kata ganti nama.  Kata ganti nama dapat dipecahkan kepada dua subpecahan lagi, iaitu kata ganti nama orang dan  kata ganti nama tunjuk.  Tun Abdul Ghafar, Apollo 11 dan Sang Belang ialah kata nama khas;  jalan, fikiran, kementerian ialah nama am; saya, engkau, ia, beliau, mereka  ialah kata ganti nama orang; itu, ini  ialah kata ganti nama tunjuk.



Golongan kata kerja pula terdiri daripada sejumlah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan, atau keadaan melakukan sesuatu. Contohnya, duduk, bangun, terkarang, menampar, berlari, membesarkan dan memperkecil.  Kata kerja menjadi unsur frasa kerja, maksudnya menjadi inti kepada frasa kerja. Misalnya,  makan nasi, bergunting rambut, menjadi lemah. Kesemua frasa kerja yang berkenaan, iaitu kata kerja  makan, bergunting, dan menjadi menjadi inti.



Seperti golongan kata nama, kata kerja terbahagi kepada beberapa subgolongan tertentu, iaitu kata kerja tak  transitif, kata kerja transitif, kata kerja aktif transitif,  dan  kata kerja pasif transitif. Contoh kata kerja tak transitif  ialah pulang, tertawa,menyanyi dan menguning. Contoh kata kerja transitif pula ialah memasak, mencubit, menaikkan  dan memperhambakan. 



Kesemua contoh kata kerja transitif ini juga ialah kata kerja aktif transitif.  Dalam ayat pasif, kata kerja transitif aktif ini mengalami perubahan menjadi kata kerja transitif pasif dengan cara kata kerja itu diimbuhi awalan  di-.  Contohnya,  dimasak (daripada memasak),  dicubit (daripada mencubit), dinaikkan (daripada menaikkan), dan diperhambakan (daripada memperhambakan).



 Golongan kata adjektif pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi inti frasa adjektif.  Kata adjektif menerangkan sesuatu, lazimnya menerangkan kata nama.  Contohnya, baik, merah, nipis, tengik, kasar dan tenang.



Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan seperti kata nama, dan kata kerja, namun kata adjektif ini dapat dibahagikan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan.  Sebagai contoh, ada kata adjektif yang menyatakan  sifat atau keadaan seperti baik, dan berani; ada pula yang menyatakan ukuran seperti kecil dan tohor; ada juga yang berkaitan dengan pancaindera seperti merdu, harum, cantik , dan sebagainya.



Golongan kata yang terakhir ialah kata tugas.  Kata tugas mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan frasa, klausa dan ayat.  Antara fungsi kata tugas termasuklah menegaskan sesuatu, menyatakan bilangan, menanyakan sesuatu, menguatkan maksud, memberi maklumat tambahan, menyambung ayat atau bahagian-bahagian ayat, dan lain-lain yang seumpamanya.



Bahasa Melayu mempunyai 17 jenis kata tugas bergantung pada tugasnya dalam ayat. Jenis kata tugas tersebut ialah kata hubung (dan, tetapi, lalu), kata seru (amboi, cis, wah), kata tanya (bila, mana, siapa), kata perintah (jangan, sila, harap), kata pangkal ayat (hatta, maka, kalakian), kata bantu (sudah, akan), kata penguat (paling, amat, nian), kata penegas (-kah, -tah, -lah), kata nafi (bukan, tidak), kata pemeri (adalah, ialah), kata sendi (ke, dari, pada), kata arah (atas, sisi, segi), kata bilangan ( dua, semua, sesetengah), kata adverba (selalu, demikian, begitu), dan kata penekan/pembenda (nya).



Begitulah huraian ringkas tentang golongan kata dalam bahasa Melayu.  Pengetahuan tentang golongan kata bahasa Melayu serta tahu cara-cara menggunakannya dalam ayat amat penting. Hanya dengan demikian baru kita dapat berbahasa dengan betul dan baik.


Sumber

Talib Al Habib - Light Of Dawn _ Lyrics

Thursday, November 28, 2013

Adab Guru..:)

http://sainspertaniank2.files.wordpress.com/2012/05/i-luv-islam.jpg?w=276&h=300

Berkata Imam Al-Ghazali:


“Jika engkau seorang guru
maka hendaklah engkau
 jaga adab-adab ini:


1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).


2- Lambat marah.


3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.


4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.


5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.


6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.


7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.


8- Membimbing murid yang bebal.


9- Tidak memarahi murid yang bodoh.


10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).


11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.


12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.


13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.


14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.


15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.


16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.


17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).


Sunday, November 17, 2013

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya

Buangkan yang keruh, ambil yang jernih

Seperti raja dengan menteri

Buangkan yang keruh, ambil yang jernih

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Bagai aur dengan tebing.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Video Peribahasa

Yang Dikejar Tak Dapat

Telur Sebiji Riuh Sekampung

Kesalahan Umum Tatabahasa (vi)