FRASA NAMA
Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia,
haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak,
jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja
ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa
yang terdapat dalam bahasa Melayu
dan mempunyai fungsi yang banyak
dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh
sebab itu pemahaman mengenai frasa ini
penting bagi seseorang pengguna
bahasa untuk menjana
frasa dan ayat yang gramatis.
Ciri-ciri
Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu
ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Contoh FN ydoh bilangan didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan
ialah (1) yang berikut.
(1) contoh:
- a. Seorang pelajar.
- b. Tiga ekor kucing.
didahului oleh kata bilangan “se”, “tiga” dan “sepuluh”,
dan penjodoh bilangan “orang”, “ekor” dan “buah”.
Ciri lain FN ialah ia boleh diikuti oleh kata tunjuk.
Contoh FN yang diikuti oleh kata tunjuk ialah (2) yang berikut.
(2) contoh:
- a. Pelajar itu.
- b. Tiga ekor kucing ini.
- c. Sepuluh buah rumah itu.
“sepuluh buah rumah” (2c) masing-masing diikuti oleh kata tunjuk “itu” dan “ini”.
Mengenai kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini,
tiga perkara perlu diberi perhatian. Pertama, kata bilangan “se” (satu)
mesti disertai oleh penjodoh bilangan (3a-c)
tetapi tidak demikian halnya dengan kata bilangan lain (4a-c).
(3) contoh:
- a. Seorang pelajar.
- a’. *Satu pelajar.
- b. Seekor kucing.
- b’. *Satu kucing.
- c. Sebuah rumah.
- c’. *Satu rumah.
- a. Dua orang pelajar.
- a’. Dua pelajar.
- b. Tiga ekor kucing.
- b’. Tiga kucing.
- c. Sepuluh buah rumah.
- c’. Sepuluh rumah.
mesti hadir bersama kata bilangan “se” (satu) dalam pembentukan FN.
Sebaliknya kejituan (4a’-c’) menunjukkan bahawa kehadiran penjodoh bilangan
hanya bersifat pilihan bagi kata bilangan selain “se” (satu).
Kedua, FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu)
dan penjodoh bilangan tidak boleh lagi menerima kehadiran kata tunjuk (5a-c)
tetapi tidak demikian halnya dengan FN yang menerima kata bilangan lain (6a-c).
(5) contoh:
- a. *Seorang pelajar itu.
- b. *Seekor kucing ini.
- c. *Sebuah rumah itu.
- a. Dua orang pelajar itu.
- b. Tiga ekor kucing ini.
- c. Sepuluh buah rumah itu.
pada FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu)
dan penjodoh bilangan. Sebaliknya kejituan (6a-c) menunjukkan bahawa kata tunjuk
boleh hadir pada FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan selain
“se” (satu) dan penjodoh bilangan.
Ketiga, FN yang dihitung dalam bentuk kumpulan (7a), timbangan (7b),
ukuran (7c) dan sukatan (7d) tidak boleh menerima kehadiran penjodoh bilangan.
(7) contoh:
- a. Sekumpulan pelajar.
- a’. *Sekumpulan orang pelajar.
- b. Sekilo daging lembu.
- b’. *Sekilo ketul daging lembu.
- c. Sepuluh meter kain.
- c’. *Sepuluh meter helai kain.
- d. Segantang beras.
- d’. *Segantang biji beras.
-
Fungsi dalam Ayat
Tiga fungsi utamanya adalah sebagai subjek, predikat dan objek
kata kerja transitif. Fungsinya yang lain adalah sebagai pelengkap
kata kerja tak transitif dan unsur keterangan.
Sebagai Subjek
(8) Siti pergi ke sekolah.
“Siti” dalam (8) ialah FN yang berfungsi sebagai subjek ayat.
(9a-e) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi
sebagai subjek ayat.
(9) contoh:
- a. Abangnya juruterbang.
- b. Osman penyanyi terkenal.
- c. Pukulannya sungguh kuat.
- d. Kami pelajar tingkatan enam.
- e. Ini kawasan bangunan Parlimen.
Sebagai Predikat
(10) Siti pelajar USM.
“Pelajar USM” dalam (10) ialah FN yang berfungsi sebagai predikat ayat.
(11a-c) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai predikat ayat.
(11) contoh:
- a. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
- b. Ahmad guru.
- c. Budak itu murid saya.
Sebagai Objek Kata Kerja Transitif
(12) Siti memandu kereta.
“Kereta” dalam (12) ialah objek kata kerja transitif “memandu”.
Nota: Objek kata kerja tak transitif mesti terdiri daripada FN atau klausa.
(13) ialah contoh objek kata kerja transitif (berhuruf tebal) yang terdiri
daripada klausa.
(13) Dia menegaskan bahawa masalah ini mesti diselesaikan dengan segera.
Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif
(14) Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu.
“Pensyarah USM” dalam (14) ialah pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi”.
(15) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai
pelengkap kata kerja tak transitif.
(15) Hang tuah bersenjatakan keris Taming Sari.
Nota: Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang
terdiri daripada FN. Pelengkap berbeza daripada objek kata kerja transitif
kerana ia tidak boleh melalui proses pemasifan.
Sebagai Unsur Keterangan
(16) Mereka bermain bola di padang.
“Bola” dalam (12) ialah keterangan bagi kata kerja “bermain”.
Sebagai unsur keterangan, Kehadiran FN adalah tidak wajib. Dengan kata lain, tanpa kehadiran “bola”, ayat (16) tetap gramatis.
(16’) Mereka bermain di padang.
(17a-c) ialah contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi
sebagai keterangan ayat.
(17) contoh:
- a. Kanak-kanak itu berbaju Melayu.
- b. Kegemarannya bermain bola.
- c. Mereka belajar bahasa Jepun.
Perkara-perkara penting mengenai FN
FN yang berfungsi sebagai predikat ayat tidak boleh menerima
kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan.
(18) contoh:
- a. *Beliau seorang Pengarah Pendidikan Negeri.
- b. *Ahmad seorang guru.
- c. *Budak itu seorang murid saya.
ciri FK, iaitu ia boleh menerima kehadiran kala.
Contohnya ialah (19a-c) yang berikut:
(19) contoh:
- a. Kamu akan dewasa suatu hari nanti.
- b. Siti sudah remaja.
- c. Mereka masih suami isteri.
yang berfungsi sebagai predikat ayat adalah berkenaan penggunaan
kata pemeri “ialah”. Dalam ayat yang predikatnya ialah FN (berhuruf tebal),
“ialah” boleh disisipkan antara subjek dengan predikat.
Contohnya ialah (20a-c) yang berikut:
(20) contoh:
- a. Beliau ialah pelajar universiti.
- b. Kucing ialah haiwan kesayangan.
- c. Itu ialah rumah tradisional Melayu.
ialah FN yang masing-masing berfungsi sebagai predikat ayat (20a), (20b) dan (20c).
Oleh sebab itu, kata pemeri “ialah” boleh hadir di hadapan FN ini.
Sebaliknya satu lagi kata pemeri, iaitu “adalah”, tidak boleh hadir
dalam ayat sebegini (berpredikat FN).
(20) contoh:
- a’. *Beliau adalah pelajar universiti.
- b’. *Kucing adalah haiwan kesayangan.
- c’. *Itu adalah rumah tradisional Melayu.
dalam pembentukan sesuatu FN. Ada kalanya kehadiran kata relatif itu
adalah wajib untuk membentukkan FN (berhuruf tebal) yang gramatis.
Contohnya (21a-b) yang berikut:
(21) contoh:
- a. Ikan mengandungi protein yang banyak.
- b. Orang yang suka membaca luas pengetahuan.
dan “orang yang suka membaca” adalah wajib. Tanpa kehadirannya,
FN yang dibentukkan, iaitu “protein banyak” (21a’) dan “orang suka membaca”
(21b’), adalah tidak gramatis. Sebagai akibatnya ayat yang dijana (21a’-b’) j
uga tidak gramatis.
(21) contoh:
- a’. *Ikan mengandungi protein banyak.
- b’. *Orang suka membaca luas pengetahuan.
dalam pembentukan FN (berhuruf tebal). Contohnya ialah (22a-b) yang berikut:
(22) contoh:
- a. ?Rumah sangat besar itu tidak berpenghuni.
- b. Rumah yang sangat besar itu tidak berpenghuni.
Kehadiran “yang” dalam ayat (22b) dapat menghilangkan kejanggalan ini.
Ada kalanya pula penggunaan “yang” tidak mempunyai kesan dari
segi kegramatisan FN yang dibentukkan.
Oleh itu FN (berhuruf tebal) dan seterusnya ayat yang dijana
tetap gramatis sama ada dengan atau tanpa kehadiran “yang”.
Contohnya ialah (23a-b) yang berikut:
(23) contoh:
- a. Rumah besar itu tidak berpenghuni.
- b. Rumah yang besar itu tidak berpenghuni.
adalah gramatis. Sebagai hasilnya kedua-dua ayat (23a-b)
yang dijana juga gramatis.
Walau bagaimanapun ada kalanya penggunaan “yang” akan
menyebabkan FN (berhuruf tebal) yang dibentukkan tidak gramatis.
Contohnya ialah (24a-b) yang berikut:
(24) contoh:
- a. Budaya suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
- b. *Budaya yang suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
lalu menghasilkan ayat yang gramatis juga.
Sebaliknya ayat (24b) tidak gramatis kerana FN
“budaya yang suka membaca” tidak gramatis.
No comments:
Post a Comment