Thursday, October 11, 2012

Kata Kerja

 
KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :
 
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
 

 

A. Kata Kerja Transitif

 
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
 
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
 
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
 
4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.


Contohnya: Atan mendengar radio.
        
 
mendengar ialah kata kerja transitif
                    radio ialah objek (kata nama)
 
 
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. 

Contoh ayat :
 
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
 
2. perempuan itu menjual sayur.
 
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.


Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.


Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
 
 
(a)Pak Abu menjala ikan.
 
 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
 
 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
 
 
(d)Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
 
 
(e)Untuk memperbaiki mutu lakon & SHY;an anda perlu selalu berlatih.
 
 
(f)Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
 
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
 
 
 
B. Kata Kerja Tak Transitif
 
 
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.


Contohnya ::
 
 
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
 
 
2. Anjing itu sedang tidur.
 
 
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.


Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.


Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.


Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
 
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
 
 
 
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
 
1.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
 
 
2.Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. 


Contohnya:
 
(a) Ravi belum datang lagi. 
 
(b) Murid-murid sedang belajar. 
 
(c) Sungai itu mengalir deras.


Peringatan


Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.


Contoh ayat:
 
1. Mereka menjalankan jentera itu.
 
2. Emak sedang menidurkan adik.
 
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
 
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
 
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
 
 
 
7.3 Kata Kerja Pasif
 
1.Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.


Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
 
 
2.Ada tiga jenis kata kerja pasif. 
 
(a) kata kerja pasif diri pertama 
 
(b) kata kerja pasif diri kedua 
 
(c) kata kerja pasif diri ketiga
 
 
 
3.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.


Contohnya: 

kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
 
 
4.Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.


Contohnya: 

kau angkat, kau atasi, kau berikan, kau percepat, kau pelajari, dan kau persilakan.
 
 
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.


Contohnya: 


diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan.
 

Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan utama, iaitu:
i)  Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
 

Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ibu memasak kari ayam
2. Ahmad menendang bola
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap
1. Mereka bermain bola di padang
2. Azli tinggal di Pahang
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1. Mereka makan di Restoran Sahur
2. Dia membeli-belah di Singapura
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1.  Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1.  Pegawai penerangan sudah tiba.
  


No comments:

Post a Comment