Sunday, September 15, 2013
Bijak Peribahasa
Tikus jatuh ke dalam gudang beras
Maksudnya :
Apabila mendapat untung besar,
diam sahaja dan tidak memberitahu orang lain.
Friday, September 13, 2013
Kata Seru
Kata
Seru
3. Kata
seru digunakan untuk membentuk ayat
seruan.
1. Kata
seru ialah
kata yang digunakan untuk menyatakan
perasaan seseorang seperti marah,
hairan, sedih, takut,
terperanjat
dan sebagainya.
2. Cara
penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan,
iaitu dengan nada
meninggi atau menurun.
Ubat malas belajar
Ubat malas belajar
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
oleh
Dr Ismail Zain
MALAS dialami oleh
semua orang terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah. Malas
melibatkan perasaan bosan yang menyekat seseorang itu daripada bertindak
melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah.
Orang yang malas terasa
dirinya kurang bertenaga, tidak ceria, tidak tahu apa hendak dilakukkannya
dan tidak suka melakukan sesuatu itu dengan sepenuh hati.
Bagi golongan murid
sekolah antara punca seseorang itu malas belajar ialah terlalu lama bercuti
tanpa memberi perhatian pada pelajaran. Keadaan ini termasuklah pada
hari pertama setiap minggu persekolahan setelah bercuti selama dua hari di
hujung minggu.
Selain itu perasaan
malas juga akan dialami jika seseorang itu terlalu lama dibuai dengan hiburan
termasuklah permainan video atau permainan elektronik lain yang canggih dan
melekakan.
Keadaan ini harus
dibendung agar tidak terus menular ke jiwa murid yang akan berakhir
dengan kegagalan dalam pelajaran. Beberapa tindakan dalaman dan luaran
harus diambil untuk menjadi ubat kepada penyakit malas belajar.
Jati diri bermaksud
seseorang itu harus cekal dan mampu bersedia untuk melawan nafsu ke atas apa
sahaja perkara negatif yang melanda dirinya. Hal ini bermakna ia harus
berfikir sendiri tanpa melayani perasaan tentang kebaikan atau keburukan sesuatu
tindakan yang akan diambilnya nanti.
Dalam hal ini,
pengorbanan dan komitmen amatlah penting dan menjadi asas pada amalan jati
diri. Jati diri ini akan terbina dalam jiwa jika seseorang itu tahu
tentang hala tuju kehidupannya.
Ketidaktentuan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan kebiasaannya disebabkan oleh ketiadaan jadual
waktu persendirian. Jadual waktu persendirian merujuk kepada penstrukturan
masa mengikut aktiviti yang hendak dilakukan termasuk masa belajar, masa
rehat, masa bermain dan sebagainya.
Jadual ini memudahkan
murid membahagikan masa mengikut aktiviti yang dirancang secara sistematik.
Dengan adanya jadual seumpama ini murid mampu memaksimumkan ruang penggunaan
masa dengan pelaksanaan aktiviti yang dirancang di samping berupaya
mengelakkan rasa malas dalam diri mereka.
Apa tujuan saya
belajar?. Apa cita-cita dan minat saya? Ke mana arah dan tujuan saya?. Apa
akan terjadi pada saya setelah saya dewasa? Apa bidang kerjaya yang ingin
saya ceburi?.
Semua itu adalah
sebahagian daripada soalan yang harus dilontarkan oleh seseorang murid kepada
dirinya. Soalan-soalan tersebut sekurang-kurangnya dapat menyedarkan
tanggungjawabnya dalam menghadapi pelajaran.
Ada juga golongan murid
yang lebih berminat belajar bersama rakan-rakan dalam kumpulan. Hal ini
merupakan salah satu ciri-ciri gaya belajar. Oleh itu pilihlah rakan-rakan
yang sesuai untuk membentuk kumpulan belajar.
Bagi murid yang
tergolong dalam ciri-ciri ini, belajar secara kumpulan dapat
mengurangkan rasa bosan dan malas berbanding dengan belajar secara
sendirian. Walau bagaimanapun anggota kumpulan haruslah membuat
persiapan terlebih dahulu seperti menentukan tugasan yang hendak dilakukan,
bahan yang perlu dibawa dan jangka masa yang hendak digunakan.
Tanpa persiapan
seumpama ini, berkemungkinan besar anggota kumpulan akan melakukan perkara
yang tidak berfaedah seperti berbual kosong, bermain dan sebagainya
sehinggakan menjejaskan tujuan sebenar mereka berada dalam kumpulan tersebut.
Setiap tindakan harus
disegerakan tanpa bertangguh-tangguh untuk mengelakkan daripada
lambakan kerja. Lambakan kerja merupakan salah satu faktor seseorang itu akan
menjadi malas.
Oleh itu setiap kerja
yang diberikan harus dilakukan segera mengikut keutamaan. Jika menghadapi
sebarang masalah tindakan segera juga harus diambil untuk menyelesaikannya.
Sebenarnya kegagalan
yang kita alami bukannya disebabkan perkara itu susah tetapi penyakit malas
yang menular dalam jiwa kitalah yang menjadi penyebabnya. Begitu juga
banyak perkara yang tidak dapat dilaksankan pada hari ini bukannya disebabkan
masa tidak mencukupi tetapi disebabkan rasa malas kita untuk bertindak.
Marilah kita ubati penyakit malas ini!
|
Saturday, September 7, 2013
Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama
boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi
rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
- tiga orang pelajar
- tiga orang guru
Dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak)
seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Yang berikut
ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:
Perkataan | Erti/Kegunaan | Contoh |
---|---|---|
angkatan | kumpulan seragam | seangkatan tentera |
baris | kumpulan benda dalam bentuk garis lurus | sebaris ayat |
batang | benda panjang atau tinggi | sebatang sungai, sebatang pokok |
bentuk | benda yang melengkung | sebentuk cincin |
berkas | ikatan atau susunan | seberkas kayu api |
bidang | benda yang luas | sebidang tanah |
biji | 1) buah-buahan 2) benda yang bulat 3) benda yang kecil |
sebiji mangga sebiji bola sebiji benih |
bilah | benda yang tajam | sebilah pedang |
buah | 1) benda yang besar 2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan |
sebuah kapal sepuluh buah kerusi |
buku | benda yang berbongkah | sebuku sabun |
bungkus | benda dalam bungkusan | sebungkus nasi |
butir | benda yang kecil | sebutir peluru |
carik | kepingan yang dicarik | secarik kain |
cebis | potongan, serpihan | secebis kaca |
cekak | benda bersaiz secekak jari | secekak sirih |
cubit | sedikit | secubit garam |
cucuk | benda yang ditusuk dengan lidi | secucuk sate |
das | tembakan | 21 das tembakan meriam |
deret | benda-benda dalam sebarisan | sederet kedai |
ekor | haiwan | seekor ayam |
gugus | benda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan | segugus anggur |
gelung | benda yang berlingkar | segelung tali |
gemal | sama dengan "cekak" | segemal padi |
genggam | benda-benda yang dipegang dalam kepalan tangan | segenggam beras |
gulung | benda yang digulung | segulung kain |
gumpal | 1) bongkah 2) ketul 3) kepul |
segumpal tanah segumpal darah segumpal asap |
helai | benda yang nipis dan lebar | sehelai baju |
hidangan | kumpulan makanan dan minuman yang disajikan | sehidangan kuih-muih |
hiris | potongan nipis | sehiris daging |
ikat | benda-benda yang diikat rapat | seikat kayu api |
jambak | karangan (bunga dll.) | sejambak bunga |
jambangan | benda dalam pasu atau belanga | sejambangan bunga |
jemput | benda-benda yang diambil dengan hujung jari | sejemput pasir |
kaki | sekaki payung sekaki cendawan |
|
kandang | haiwan dalam kandang | sekandang kambing |
kapur | sirih | sekapur sirih |
kawan | kumpulan haiwan | sekawan lembu |
kelompok | kumpulan, gugusan | sekelompok pulau |
kepal | gumpalan | beberapa kepal nasi |
keping | kepingan, potongan | sekeping kertas |
kepul | gumpalan asap atau awan yang tebal | sekepul asap |
kerat | baahgian, potongan | sekerat tulang |
ketul | gumpalan, ketulan | seketul daging |
kotak | benda dalam kotak | sekotak bijirin sarapan |
kuntum | bunga | sekuntum bunga merah |
laras | senjata | selaras senapang |
lembar | benda yang panjang dan luas bidangnya | sebidang kain |
lingkar | sama dengan "gelung" | selingkar tali |
longgok | himpunan, timbunan | selonggok sampah |
naskhah | salinan bahan bacaan bersiri | senaskhah majalah |
orang | manusia | dua orang anak |
papan | kepingan | sepapan petai |
pasang | benda yang berduaan | sepasang kasut |
pasukan | kumpulan seragam | sepasukan pemain bola sepak |
patah | perkataan | sepatah kata |
pintu | bangunan | sepuluh pintu kedai |
potong | kepingan yang dipotong | sepotong kek |
pucuk | 1) surat 2) senjata api |
sepucuk surat sepucuk pistol |
puntung | keratan kayu yang pendek-pendek | sepuntung kayu api |
rangkap | baris-baris karangan | serangkap pantun |
rawan | menyatakan selengkap benda itu | serawan jala |
ruas | bahagian di antara dua benda | beberapa ruas tebu |
rumpun | kelompok, ikatan | serumpun serai |
sikat | tangkai pisang | sesikat pisang |
sisir | sama dengan "sikat" | sesisir pisang |
suap | sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut | sesuap nasi |
tandan | buah-buahan yang bergugus | setandan pisang |
tangkai | bunga | setangkai bunga |
teguk | sebanyak yang ditelan sekali | seteguk air |
timbun | himpunan sesuatu yang bertindih-tindih | setimbun sampah |
titik | titisan | setitik air mata |
tongkol | 1) kepingan yang besar dan berbongkah 2) buah jagung |
setongkol kayu lima tongkol jagung |
ulas | bahagian buah yang berbiji dll. | seulas buah durian |
untai | rangkaian benda yg dicucuk | seuntai manik |
urat | gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang | dua urat gelang |
utas | benda yg berurai | seutas jam tangan |
Monday, September 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)