
Bentuk kata
'ada'
sebagai kata penegas
KATA penegas tergolong dalam
golongan kata tugas.
Kata penegas disebut juga partikel.
Partikel ialah sejumlah perkataan
yang memberikan
penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Ayat yang mengandungi kata penegas
ialah ayat penegas
kerana mengandungi sesuatu penegasan tentang sesuatu
perkara.
Kita mengenal sesuatu ayat penegas
itu melalui adanya
kata penegas dalam binaan predikat ayat. Dengan adanya kata
penegas itu
, hal atau perkara yang hendak ditekankan, atau yang hendak
diutamakan
dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan.
Selain partikel -kah, -lah, -tah
(penegas frasa predikat,
dan bahagian-bahagiannya), juga, jua, pun, sahaja,
lagi dan memang
(penegas frasa subjek dan frasa predikat), kata kerja tak
transitif ada
juga dapat berfungsi sebagai penegas ayat.
Sebagai kata penegas, ada menjadi
unsur dalam
binaan predikat ayat. Ayat yang mengandungi kata ada
dinamai ayat
penegas.
Perhatikan penggunaan kata penegas
ada
dalam ayat-ayat contoh yang berikut ini:
1. Saya / ada bersamanya ketika
kejadian itu terjadi.
2. Dia / ada mengatakan hal itu
kepadanya.
Dalam ayat (1) dan (2), kata penegas
ada yang menjadi
unsur utama predikat ayat digunakan untuk menegaskan
kesungguhan sesuatu hal yang hendak diperkatakan.
Hal demikian itu terkandung dalam
makna
frasa kerja ayat (1) dan (2), iaitu ada bersamanya
dan ada mengatakan.
Jadi, untuk menegaskan frasa kerja,
maka kata penegas ada dapat digunakan.
Bagaimana pula halnya untuk
menegaskan frasa nama,
frasa adjektif dan frasa sendi nama?
Untuk frasa adjektif dan frasa sendi
nama,
kata penegas ada perlu ditambahkan dengan partikel -lah
di belakangnya,
lalu membentuk kata adalah.
Harus diingat, dalam golongan kata
bahasa Melayu,
kata adalah ialah kata pemeri.
Fungsi kata pemeri tidak lain
daripada tugasnya sebagai
unsur yang menjadi pemeri hal selain sebagai
perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Dengan kata lain, maksud pemerian
merupakan suatu penegasan juga.
Hal yang demikian ini dapat kita perhatikan
dalam ayat-ayat contoh
seperti yang berikut:
3. Komputer riba ini adalah untuk
anak bongsunya.
(adalah diikuti oleh frasa sendi
nama dan penegas frasa sendi
nama "untuk anak bongsunyanya")
4. Kenyataan saksi perbicaraan itu
adalah benar.
(adalah diikuti oleh frasa adjektif
dan penegas frasa adjektif "benar")
Untuk frasa nama, kata pemeri ialah
bukan adalah digunakan
kerana penggunaan ialah dapat menunjukkan pemerihalan
secara persamaan atau akuatif.
Oleh itu, untuk maksud yang demikian
itu, ialah hadir
di hadapan frasa nama. Contohnya dalam ayat:
5. Wanita itu ialah pramugari.
(ialah diikuti oleh frasa nama, dan
penegas frasa nama "pramugari")
Untuk tujuan pertanyaan pula,
partikel -kah digabungkan
dengan kata ada dan ia membentuk kata tanya adakah
dan iakah.
Partikel -kah pada kata ada, dan ia bertujuan semata-mata untuk
menegaskan hal yang ditanyakan.
Lihatlah tanya jawab yang berikut
yang menunjukkan cara
kata penegas tanya itu digunakan:
6. Adakah Syahmi datang ke sini?
Ya, Syahmi ada datang ke sini.
7. Adakah berita itu benar?
Ya, berita itu adalah benar.
8. Iakah lelaki itu abangmu?
Ya, lelaki itu ialah abangku.
Harus diingat bahawa kata tanya
apakah tidak boleh
dijadikan kata penegas tanya seperti adakah atau iakah.
Perhatikan betapa janggalnya ayat
tanya yang
menggunakan kata tanya apakah dalam ayat tanya berikut:
9. Apakah keluarganya merestui
perkahwinanmu?
Seharusnya: Adakah keluarganya
merestui perkahwinanmu?
10. Apakah orang itu mantan merinyu
polis?
Seharusnya: Iakah orang itu merinyu
polis?
11. Apakah bandar Melaka ibu negeri
Melaka?
Seharusnya: Adakah bandar Melaka ibu
negeri Melaka?
Begitulah huraian tentang bentuk
kata ada yang
berfungsi sebagai kata penegas dalam ayat bahasa Melayu.